'Kami sudah bersedia'
Itu laungan ketua jurulatih dancesport negara, Chua Zjen Fong, selepas anak buahnya berjaya menampilkan prestasi menakjubkan ketika Festival Tarian WDSF Vietnam, dengan meletakkan diri di atas pesaing Asia Tenggara.
Ia cukup untuk membuktikan bahawa skuad negara sudah bersedia untuk menjelmakan pingat emas di temasya Sukan SEA nanti sekiranya dancesport dipertandingkan dalam temasya itu.
"Sekiranya sukan ini dipertandingkan di Sukan SEA kami boleh memberikan sekurang-kurangnya empat atau lima pingat emas.
"Untuk solo memang kekuatan Malaysia, kategori pasangan berdasarkan keputusan di Vietnam, pasangan latin dan standard Berjaya tumpaskan ranking pertama dan kedua dunia. Ini memang satu kejayaan besar untuk tunjukkan kami mampu butirkan pinga emas nanti," katanya.
Apa yang ditonjolkan di Vietnam, mencerminkan gandingan baru mampu memberikan saingan kepada pasukan 'powerhouse' dan ia perkembangan positif menjelang Kejohanan Dancesport WDSF Terbuka Malaysia 2026 nanti.
"Untuk solo latin kami ada keyakinan besar bawa balik pingat emas, sasaran saya tap dance pula kami sasarkan podium kerana akan bersaing dengan negara kuat dari China dan Kazakhtan.
"Ini juga untum melihat atlet Malaysia berada di tahap mana untuk peringkat antarabangsa." kongsinya.