Skip to main content

Berita Sukan Am

Rifdean seru pemenang Anugerah Sukan MSSM-KPM-MILO 2025 terus semangat harum nama negara

fsf

Bersempena dengan Majlis Anugerah MSSM-KPM-MILO 2025, penerima Anugerah Khas Putera 2021, Mohammad Rifdean Masdor, yang juga atlet muay thai negara berharap kesemua calon-calon yang bakal menerima anugerah esok akan menjadikannya sebagai pemangkin kejayaan pada masa hadapan.

Rifdean turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan rasa terima kasih kepada MSSM, Kementerian Pendidikan Malaysia dan MILO yang terus komited menjana pembangunan atlet pelapis tanah air menerusi sukan MSSM.

"Saya ingin ucapkan tahniah kepada pelajar dan atlet yang akan mengambil anugerah esok, semoga terus bersemangat.

 

 

 

"Terima kasih juga MSSM, pihak penganjur yang memberikan anugerah kepada atlet muda, semoga sukan negara terus maju jaya." tambahnya.

Antara pemenang kategori utama Anugerah KPM-MSSM edisi lalu, termasuk pencapaian cemerlang perenang kelahiran Sarawak, Mohd Dhuha, yang memecahkan rekod kebangsaan 1500 meter gaya bebas milik Jeffrey Ong berusia 35 tahun, terus mendapat pengiktirafan apabila diangkat sebagai pemenang Anugerah Putera MSSM 2024.

Sementara itu, Anugerah Puteri MSSM pula disandang pemain badminton berusia 19 tahun, Dania Sofea Zaidi.

Manakala Anugerah Khas Putera dan Puteri menobatkan pesilat remaja, Muhd Raqib Darwisy dan atlet wushu Melaka, Tan Pei Ler.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video