Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Azri Ghani ada kualiti jadi benteng terakhir Harimau Malaya

azri ghani

Status Azri Ghani sebagai penjaga gol yang lebih berpengalaman menjadi kelebihan untuk diangkat sebagai benteng terakhir nombor satu negara bagi misi getir dalam saingan Piala Hyundai ASEAN 2026 hujung bulan ini.

Bekas penjaga gol negara, Zamir Selamat, akui Azri sudah membuktikan kualitinya menerusi prestasi dan jumlah minit permainan yang tinggi bersama Negeri Sembilan dalam kancah Liga Malaysia musim lalu.

Ia bagi mengenepikan penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim, dan pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Haziq Aiman.

Azri, yang mesra disapa Ayie, sebelum ini lebih banyak dibayangi oleh Ahmad Syihan Hazmi dan Haziq Nadzlidi posisi penjaga gol nombor satu negara.

"Saya mengharapkan seorang penjaga gol yang akan menggalas tanggungjawab besar buat negara merupakan seorang penjaga gol yang sudah berpengalaman (established)," kata Zamir kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Maksudnya, dia sudah pernah bermain untuk negara dan kelab serta sudah membuktikan sesuatu.

"Itu yang kita perlukan daripada segi pengalamannya mendapat panggilan kebangsaan, pengalamannya bermain dengan pasukan yang baik dalam Liga Super, untuk dibawa ke Kejohanan ASEAN kali ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video