Sejak kebelakangan ini virus nipah menjadi topik perbincangan yang hangat di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah penyakit zoonotik berbahaya yang pertama kali dikesan pada akhir 1990-an dan dikaitkan dengan jangkitan otak serta kadar kematian yang tinggi. Virus ini merebak daripada haiwan ke manusia dan sehingga kini masih tiada vaksin khusus untuk mencegah jangkitan tersebut.
Wabak virus Nipah pertama di dunia direkodkan pada tahun 1998 hingga 1999 di Kampung Sungai Nipah Malaysia, sebuah kawasan di Negeri Sembilan.
Advertisement
Hari ini, virus ini dilaporkan semakin berleluasa di India, dan memaksa negara Asia lain memperketatkan pemeriksaan kesihatan mereka yang tiba di lapangan terbang ataupun border point.
Virus Nipah yang semakin membimbangkan di India turut mencetus persoalan - apakah kejohanan sukan di India dalam masa terdekat ini terpaksa dibatalkan?
Untuk rekod, kejohanan olahraga di Kerala, India pernah dibatalkan pada Jun 2018 atas sebab ini.
Namun buat masa ini difahamkan, Kejohanan Rifle dan Pistol Asia 2026 yang bakal dianjurkan di New Delhi pada Februari akan tetap diteruskan, kerana menurut pihak berkuasa di India, penyebaran virus itu masih dalam keadaan terkawal.