Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Kelakar! Situasi tular pemain Afrika Selatan tak faham loghat Inggeris pengadil

Afrika

Satu tangkapan video tular di media sosial menyaksikan pemain Afrika Selatan tidak memahami loghat bahasa Inggeris pengadil dari Brazil ketika menyampaikan hukuman dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.

Beberapa tonggak pelawat menonjolkan reaksi seakan "tidak memahami" apa yang cuba disampaikan oleh pengadil, Wilton Sampaio, sebelum memutuskan kad merah.

Komen membanjiri hantaran tersebut dengan cubaan untuk mendengar secara perlahan apakah yang cuba disampaikan tetapi gagal memahami sepenuhnya apa pengadil berkata.

Video penuh:

Satu kontroversi melanda apabila terdapat tiga layangan kad merah seawal aksi pertama.

Pada edisi 2022, hanya empat layangan kad merah secara keseluruhan. Tetapi pada aksi pembukaan kali ini ia sudah hadir dengan tiga layangan kad merah.

Tuan rumah, Mexico berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menerusi Julian Quinones dan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Raul Jimenez.
 

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video