Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Slot tagih prestasi lebih baik di dalam kotak penalti

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

UCL, EPL

Arne Slot menegaskan masih banyak yang perlu diperbaiki Liverpool pada musim ini menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Qarabag, sambil menegaskan mereka harus memperbaiki prestasi di kedua-dua kotak penalti bagi memastikan kempen musim ini membawa hasil.

The Reds mengalami kekalahan dramatik 2-3 kepada Bournemouth hujung minggu lalu apabila dibolosi pada minit ke-95 untuk melanjutkan rentak tanpa kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada lima perlawanan dan meninggalkan mereka 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Advertisement

Begitupun, skuad kendalian Slot itu menampilkan prestasi yang lebih baik di peringkat Eropah, di mana mereka menikmati kemenangan 3-0 di Marseille minggu lalu, manakala kemenangan ke atas Qarabag di Anfield sudah cukup untuk memastikan slot lapan teratas dan mengelakkan pusingan play-off.

Kekalahan kepada The Cherries menyaksikan kekentalan di bahagian pertahanan perlu dikaji, Slot sebaliknya kagum barisannya mampu mengharungi badai yang berbeza-beza musim ini.

"Ia sentiasa membabitkan perkara yang berbeza.

"Ia adalah kali pertama kami dibolosi gol ketika kami hanya bermain 10 orang akibat kecederaan (ketika menentang Bournemouth), jadi itu adalah satu insiden yang belum pernah kami alami lagi," kata pengurus itu.

"Anda boleh tekankan kesilapan yang berlaku tapi kami masih berada di laluan yang sangat baik dalam UCL, kami masih dalam Piala FA.

"Sudah tentu, kami bukan lagi dalam perebutan gelaran tetapi masih ada peluang yang lagi untuk kami menamatkan musim menerusi UCL.

 


"Ia bukan matlamat utama kami pada awal musim ini kerana kelab ini sentiasa mahu memenangi liga.

"Namun, kita juga sedar bahawa kami hanya menjuulangnya dua kali dalam tempoh 30 tahun. Tetapi untuk kelab ini, ia sepatutnya sentiasa menjadi sasaran utama.

"Masih banyak yang perlu dipertingkatkan dan jika kami dapat meningkatkan prestasi dalam kedua-dua belah kotak penalti, maka banyak perkara baik akan berlaku.

"Jika kami hanya dapat meningkatkan prestasi di salah satu kotak penalti, maka ia akan menjadi satu musim yang boleh diterima tetapi bukanlah musim yang hebat."

Topik Berkaitan

Must Watch Video