Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Slavia Prague dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Tuan rumah meraih dua gol menerusi Tomas Holes dan jaringan sendiri Robert Lewandowski, namun Barcelona bangkit menerusi dua jaringan Fermin Lopez di separuh masa pertama, manakala Dani Olmo dan Lewandowski menambah dua jaringan selepas rehat untuk memastikan tiga mata di bumi Czech.
Advertisement
Kemenangan itu melonjak Barcelona ke tangga kesembilan dengan 13 mata, berkongsi jumlah mata dengan tujuh pasukan lain yang bersaing sengit memburu kelompok lapan terbaik dan tiket automatik ke pusingan 16 terakhir.
Slavia pula kekal di kelompok bawah -- di tangga ketiga tercorot pada tiga mata.