Skip to main content

Advertisement

Futsal

Thailand kembali rujuk Rakphol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal

Skuad kebangsaan Thailand dijangka kembali diterajui anak jati, Rakphol Sainetngram, sebagai resepi kembali melonjakkan futsal mereka.

Pelantikan Rakphol dijangka diumum pada Isnin depan bagi menggantikan pengendali dari Sepanyol, Miguel Rodrigo.

Advertisement

Kelibat Rakphol --  yang dinobatkan jurulatih terbaik liga Thailand bagi musim 2010 ,2011,2012, 2014,2015 , 2016  -- bukan asing apabila pernah bertindak sebagai jurulatih Thailand pada 2021-2022 dengan negara itu kerap menggunakan khidmat dari Eropah tersebut sejak 2008.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mengumumkan pengunduran jurulatih berusia 46 tahun itu yang membantu skuad negara memenangi pingat gangsa Sukan SEA Thailand, dua minggu lalu, selain mara ke pusingan akhir Piala Asia 2026 di Jakarta.


Nama penolong jurulatih negara, Addie Azwan Zainal, kini dipertimbangkan sebagai pemangku jurulatih bagi menghadapi kempen yang bermula hujung bulan ini.  

Malaysia ditempatkan dalam Kumpulan D bersama-sama Iran, Afghanistan dan Arab Saudi, manakala Thailand diundi dalam Kumpulan B.

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video