Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan bahawa kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela telah meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.
Intipati peletakan jawatan:
Advertisement
- Menjaga reputasi dan kepentingan organisasi FAM serta mengurangkan risiko lebih buruk yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
- Menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan akauntabiliti, terutamanya dalam keadaan di mana keyakinan awam perlu dipelihara.
- Menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.
- Memastikan sebarang pembaharuan yang perlu dilaksanakan dapat dijalankan tanpa gangguan atau konflik persepsi dan dengan asas kepercayaan yang tinggi.
- Menunjukkan bahawa khidmat kepada bola sepak Malaysia lebih utama berbanding tempoh jawatan, walaupun Ahli Jawatankuasa Eksekutif telah diberikan mandat selama empat tahun (penggal 2025–2029) - melepaskan jawatan secara sukarela selepas 11 bulan dipilih.
- Memulihkan keyakinan dalam kalangan penyokong, pihak berkepentingan, rakan kongsi, dan komuniti bola sepak secara keseluruhan.
- Mengekalkan kredibiliti institusi adalah penting bagi kestabilan, kelestarian, dan pembangunan masa depan bola sepak Malaysia.
Berita lanjut menyusul...