Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu mesyuarat tergempar sebentar tadi membincangkan sama ada peletakan jawatan seluruh Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) badan induk itu merupakan pilihan terbaik ketika ini.
Ia berhubung skandal pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan, yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Advertisement
Berdasarkan laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, tiada sebarang peletakan jawatan buat ketika ini tetapi perkara berkenaan berada dalam perbincangan mesyuarat itu untuk dinilai sama ada ia pilihan terbaik bagi menguraikan segala kekusutan yang sedang berlaku.
FAM juga difahamkan bersedia menuruti nasihat daripada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) demi kelangsungan bola sepak negara.
Bagi badan induk itu, perkara paling penting ketika ini adalah untuk memastikan FAM tidak digantung oleh FIFA atau AFC.
Keputusan berkenaan peletakan jawatan itu dijangka akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini.
π¨ TERKINI dari FAM
π Tiada peletakan jawatan EXCO hari ini
π Peletakan jawatan EXCO adalah salah satu 'option' yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini
π FAM sedia menuruti nasihat FIFA/AFC demi kelangsungan bola sepak negara@ASTROARENAβ Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 8, 2026