Namun, penghakiman penuh bakal diketahui nanti.
Tujuh warisan Harimau Malaya dibenarkan menyertai semula segala aktiviti bola sepak selepas Mahkahmah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan mereka seperti dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini.
Advertisement
Ini bermakna, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel boleh menyambung semula karier mereka buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.
Perintah tersebut merupakan Penangguhan Pelaksanaan daripada penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September lalu.
Garces boleh bergabung kembali dengan Alaves bagi menghadapi LaLiga sementara Figueiredo, Irazabal dan Hevel bakal mewarnai semula barisan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) mahupun Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee.
Terdahulu, pemain diaspora negara itu menghadapi hukuman tersebut berikutan isu pemalsuan dokumen.
Segala persoalan bakal terjawab melibatkan tujuh pemain kebangsaan itu termasuk FAM apabila CAS memuktamadkan keputusan nanti.