Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Kosong macam tiada idea -- jurulatih ulas kekalahan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

j

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Masters Malaysia selepas disekat wakil China, Gao Jia Suan-Wei Ya Sin.

The Little Gangsters bermula baik seawal set pertama dengan cubaan mengawal permainan,  namun kesilapan demi kesilapan mudah menjadi titik tolak kemenangan straight seteru itu di Unifi Arena, Bukit Jalil, di tambah corak bertahan yang kurang ampuh ketika diserang.

Lantaran itu, persembahan tadi membuatkan ketua jurulatih beregu negara, Nova Wadiato, dalam kebingungan.

"Permainan terutama Tang Jie macam kosong tiada idea.

"Ini kali pertama saya tengok main macam ini.

"Mereka gandingan baru tetapi mereka gagal mencapai jangkaan, macam ada sesuatu yang lebih daripada gemuruh.

"Kami akan kenal pasti kelemahan sambil berharap akan beraksi lebih bagus lagi," katanya.

Enggan menuding jari, Tang Jie-Ee Wei, mengakui kesilapan sendiri menjadi punca kekalahan itu kerana mereka kurang agresif serta sering mensia-siakan peluang untuk meraih mata.

"Permainan kami tidak cukup agresif, kami agak berhati-hati.

"Kami tidak meletakkan cukup tekanan ke atas pihak lawan, kami terlepas mata yang sepatutnya," kata Tang Jie.

Ee Wei turut tidak berselindung dengan berkata: "Permainan kami tidak menjadi. Segala corak permainan kami tidak dapat dikeluarkan.

"Kami tidak menyaingi aspek kepantasan permainan jadi memang salah kami sendiri."

 

 

Must Watch Video