Skip to main content

Boling Padang

Boling Padang Kebangsaan: Taruhan harungi fasa tidak menentu

j

Prestasi tidak menentu melanda pemain utama kem negara pada hari keempat Kejohanan Boling Padang Kebangsaan yang menyaksikan juara acara pairs lelaki 2024, Amirul Danial Abdul Rahim dan Azriq Haszely, diambang penyingkiran awal selepas tewas kepada taruhan PDRM A hari ini.

Gandingan itu -- yang  merupakan antara calon utama dalam edisi di Ipoh kali ini setelah prestasi konsisten di peringkat kebangsaan -- mengatur langkah kanan pada sesi pagi dengan menundukkan wakil Pahang di peringkat Kumpulan N.

Namun, lain pula yang terjadi apabila mereka bertemu gandingan PDRM A apabila deretan kesilapan menjadi faktor utama kejatuhan prestasi mereka.

Situasi itu membuatkan mereka tewas kali pertama dan terpaksa bergantung harap kepada keputusan pada hari esok, sama ada layak ke pusingan kalah mati.

Turut melalui kejatuhan prestasi adalah jaguh negara, Aleena Ahmad Nawawi, yang akur kecundang dalam dua aksi pembukaan hingga meletakkan di laluan ranjau berliku sebelum bangkit untuk layak ke pusingan kalah mati.

"Gelanggang ini aak mencabar. Saya dapat menyesuaikan diri ketika acara singles tapi kelajuannya jadi berbeza pada hari ini.

"Kami sudah lama bergandingan, kami perlu lebih berkomunikasi untuk menghadapi perlawanan seterusnya," kata Azriq Haszely.
 

Must Watch Video