'Masyarakat semakin sedar akan kemampuan atlet OKU', itu kata-kata Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, Chef de Mission (CRM) kontinjen Malaysia dia Temasya Para ASEAN 2025 baru-baru ini.
Melengkapkan perbualan penuh makna tentang isitimewanya kesungguhan atlet OKU yang diterjemahkan kepada pencapaian luar biasa di pentas masing-masing, teringat pula sebuah posting yang saya jumpai di aplikasi Threads baru-baru ini.
Advertisement
Persoalannya mudah, seorang pengguna bertanya - ada ataupun tidak pengguna Threads yang merupakan dewasa, pernah di diagnosis dengan autisme dan bagaimana kehidupan mereka sekarang. Adakah sudah bekerja? Punyai keluarga?
Sebuah respons amat menyayat hati….
Seorang individu bernama Arif menyatakan dirinya disahkan dengan autisme pada tahun 2004, di usia 18 tahun. Namun menariknya, Arif berkongsi pada 2005-2012, beliau mewakili Malaysia selaku atlet kebangsaan dalam sukan fencing.

Saya cuba untuk mencari identiti sebenar Arif, namun semua posting beliau di Thread lebih banyak fokus kepada hasil seninya sebagai pereka grafik digital. Rekaannya juga menyentuh hati, melambangkan apa yang dilalui individu autistik dalam dunia nyata.
Arif salah seorang daripada mereka yang berkelainan upaya tetapi mampu untuk berjaya dari segi akademik, kerjaya serta sukan. Terasa ingin berjumpa dengannya, tetapi persona nya di Threads kelihatan agak “private”, jadi sebagai tanda hormat, saya akan perhati, dan berasa bangga, walalupun daripada jauh sahaja.
Teruskan berkarya, Arif!