Penyokong bantah FAM.
Perasaan kecewa peminat bola sepak tanah air terus menggunung.
Advertisement
Bukan sahaja menggunakan platform sosial media untuk menyuarakan rasa terkilan, Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menerima kunjungan lebih 60 penyokong bola sepak negara yang juga mewakili Kelab Penyokong Bolasepak Selangor, melancar protes menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap isu yang sedang berlaku.
Dan, tiada sebarang reaksi daripada wakil FAM, malah pagar utama dikawal ketat sebagai jaminan perkarangan FAM tidak dicerobohi orang luar.
"Seperti mana diumumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), adakah pihak FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terus mempertahankan budaya tanpa mengikut garis undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Kami mahu segalanya mengikuti peraturan Perlembagaan Negara.
Kenapa dalam hal ini ia diberi pengecualian?" katanya.
Isu terkini📢📢📢
Gelombang suara penyokong bola sepak negara mula bergema di Kelana Jaya, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu 7 pemain yang tidak sah kini menjadi buah mulut dunia!
🎥: @fnasrom pic.twitter.com/26AuhpM1dU— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) March 17, 2026
Ramai yang beranggapan ini hanyalah gerakan dari Selangor semata-mata, namun sebagai rakyat Malaysia suara penyokong daripada Kelab Penyokong Bolasepak Selangor itu juga dianggap sebagai suara penyokong secara total yang berhak untuk melihat ada ketelusan berlaku daripada badan induk itu dalam menangani isu ini.
"Untuk pengetahuan semua, kami sudah berhubung dengan kumpulan penyokong lain.
"Kami membuat secara suka rela.
"Jika tiada tindakan selepas perayaan ini, kami bersedia untuk melakukan protes besar-besaran," tambahnya.