Terengganu mencipta kejutan besar selepas melangkah ke final Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan buat kali ke-40.
Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan pasukan pilihan, Johor, dalam aksi sengit separuh akhir yang berakhir dengan keputusan seri 33-33 sebaik masa sebenar tamat, sekali gus memaksa aksi dilanjutkan ke masa tambahan sebelum kemenangan dipisahkan dengan hanya satu mata, 44 berbalas 43 milik Terengganu.
Advertisement
Terengganu bijak memanfaatkan peluang selain memperaga aksi lebih kemas dan disiplin, sehingga membuatkan Johor bergelut untuk bangkit di akhir perlawanan.
Kapten pasukan Terengganu, Nur Irdina Mohamad Arisam, menjadi watak penting kemenangan.
Dia teruja kerana selepas 13 tahun akhirnya mereka berjaya lolos ke perlawanan akhir dan pasang misi untuk menjulang gelaran juara pada sabtu.
⚡ Kejutan di Bukit Kiara! ⚡
Terengganu singkir pasukan pilihan, Johor, untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan selepas 13 tahun menanti! 🏐🔥
Berita lanjut di Nadi Arena, 6.30 petang!@ASTROARENA pic.twitter.com/GxHGo8DF4j— syafi fauzan (@fauzan_sfd) April 3, 2026
"Gembira mara ke final selepas penantian 13 tahun, kami sepasukan tekad pamerkan aksi terbaik di Final nanti, Insya-Allah" ujar Nur Irdina.
Sementara ketua jurulatih Terengganu, Anis Suhaila Abdullah, memuji prestasi pasukannya yang bermain cemerlang seperti apa yang dirancang, selain menunjukkan komitmen dan kesabaran tinggi di atas gelanggang sekali gus mengakhiri kemarau ke final.
"Anak buah berjaya terjemah taktikal permainan sebaiknya dan pulun pamer aksi terbaik", katanya.