Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Gol tunggal Semenyo julang Manchester City di Wembley

SME

Gol tunggal Antoine Semenyo memacu kemenangan tipis Manchester City menewaskan Chelsea 1-0 untuk merangkul gelaran juara Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Dia memanfaatkan hantaran lintang Erling Haaland pada minit ke-72 untuk menewaskan penjaga gol The Blues, Robert Sanchez, sekali gus memastikan City mendahului selepas beberapa siri serangan yang tidak membuahkan hasil.

"Sejujurnya ia berlaku begitu pantas. Ia datang terus kepada saya dan saya perlu improvisasi diri dengan secepat mungkin.

 

 

 

 

"Saya tidak pernah bersaing untuk piala seperti ini sebelum ini, jadi semuanya baru bagi saya." katanya.

Untuk rekod, trofi itu merupakan Piala FA kelapan buat City, malah berkemungkinan merupakan musim terakhir buat pengurus pasukan, Pep Guardiola, selepas 10 tahun mengendalikan The Netizens.

Must Watch Video