Skip to main content
Advertisement

Badminton

Terbuka Malaysia: Kembali bertanding bukan bermakna kembali ke tahap terbaik

zii jia

Kepulangan Lee Zii Jia ke gelanggang dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 mengingatkan kita tentang satu realiti yang ramai terlepas pandang menegani sukan di tahapa elit: kembali beraksi tidak semestinya bermakna kembali kompetitif.

Selepas berehat lebih tiga bulan akibat kecederaan buku lali kiri berulang dan masalah belakang, Zii Jia kembali bertanding buat kali pertama sejak September tahun lalu-- namun tersingkir awal dalam kejohanan pertamanya musim ini. 

Walaupun kecederaan secara fizikal sudah pulih, cabaran sebenar terletak pada ‘feeling’ ketika perlawanan itu sendiri ditambah dengan keyakinan dan ketajaman mental. Atlet yang lama berehat sering memerlukan masa untuk menyesuaikan diri semula dengan intensiti sebenar pertandingan, sesuatu yang tidak boleh dibina hanya melalui latihan tetapi kejohanan untuk mengambalikan semula keyakinan, dan ‘instict’ permainan.

 

 

 

Jika bintang sukan dunia seperti Rafael Nadal dan Andy Murray pun mengambil masa panjang untuk kembali kompetitif selepas kecederaan serius, tidak hairan lah jika Zii Jia terpaksa mengambil masa yang lebih panjang untuk kembali ke prestasi terbaiknya sebelum ini. 

Yang pasti, halangan terbesar Zii Jia pada ketika ini adalah lebih kepada cabaran mental dan kepercayaan terhadap tubuh sendiri ketika dia bermain dalam intensity yang tinggi. Sebagai peminat sukan tanah air, kita harus menilai keadaan ini secara realistic dan melihat kekalahan awal ini bukan kegagalan, tetapi sebahagian daripada proses. Ia memerlukan masa, kesabaran dan perlawanan demi perlawanan untuk benar-benar kembali menjadi diri sendiri

Must Watch Video