Lee Zii Jia tampak berada dalam keadaan baik dan kini bersedia untuk membuat penampilan semula dalam Terbuka Malaysia.
Perkembangan itu dikongsikan oleh jurulatih profesional dan para badminton negara, Nova Armada, selepas selesai latihan bersama di antara Aidil Sholeh dan Zii Jia baru-baru ini.
Advertisement
Menurutnya, tahap persediaan Zii Jia semakin positif menjelang kejohanan super 1000 di Axiata Arena, Bukit Jalil, minggu depan itu.
"Dia kini sudah berlatih secara normal tapi tahap permainannya belum tahu lagi.
"Menjadi rakan sepelatih saling memberi manfaat kepada mereka," katanya.