Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Aaron Chia tidak mahu angin jadi gangguan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Yik

Hari kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 menyaksikan rentak kegemilangan wakil negara terus dicetak bekas Juara Dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, apabila mereka juga berjaya mara ke pusingan 16 terbaik, esok.

Gandingan beregu lelaki negara itu tidak memberi sebarang peluang kepada pasangan Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith, untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, sebaliknya menang selesa 21-11, 21-19.

Advertisement

Walaupun ketinggalan 16-19 pada babak kedua, pilihan kedua kejohanan bertaraf super 1000 itu mempamerkan ketenangan luar biasa, lalu bangkit dengan kawalan emosi yang baik serta berani mengejar mata demi mata.

Menurut mereka juga, keadaan angin di gelanggang jelas berbeza berbanding sesi ujian sebelum ini dan perlu cepat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

"Ia adalah permulaan yang baik. Peluang yang bagus untuk mengetahui beberapa faktor," kata Wooi Yik.

"Walaupun pihak lawan mendahului, kami tetap fokus dan mengejar kedudukan.

"Aksi seperti ini dalam pusingan awal boleh dijadikan sebagai persiapan menuju peringkat seterusnya.

"Angin sedikit berbeza. Kami sedang mencari keselesaan supaya tidak menjadi halangan," kata Aaron Chia.

Must Watch Video