Gandingan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 apabila mudah menewaskan wakil Amerika Syarikat (AS) di Axiata Arena, sebentar tadi.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam set pertama tatkala mudah meraih kemenangan 21-11.
Advertisement
Momentum terbaik itu diteruskan memasuki set kedua, namun Chen Zhi Yi-Presley Smith mula menonjolkan permainan sebenar selepas mendahului 19-16.
This is Aaron-Woo Yik!💥
Powerful and meledak🕊️@ASTROARENA pic.twitter.com/juqGThfXFL— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 7, 2026
Selaku pilihan kedua kejohanan bertaraf super 1000 itu, beregu ranking kedua dunia itu tenang menyamai kedudukan 19-19 hasil kesilapan pihak lawan, sekali gus menoktahkan kemenangan straight set 21-11, 21-19 dalam tempoh 35 minit.
Aaron dan Wooi Yik melebarkan rekod kemenangan dalam rekod pertemuan kedua-dua lawan.