Skip to main content

Badminton

Terbuka India: Lee Zii Jia tewas pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

LZJ

Perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, sekali lagi berputih mata apabila tewas kepada jaguh Denmark dalam Kejohanan Badminton Terbuka India di Pusat Sukan Indira Gandhi, sebentar tadi.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut atlet berusia 27 tahun itu dalam pusingan pertama setakat dua pertandingan siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), musim ini.

Advertisement

Set pertama menyaksikan Rasmus Gemke mudah menewaskan Zii Jia 21-13.

Usai ketinggan 1-4 di set kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu melakukan kebangkitan untuk mendahului sanigan 14-13 sekali gus menyaksikan aksi semakin sengit dengan kedua-dua pemain cuba mengurangkan kesilapan.

Pemain ranking ke-144 itu mempamerkan permainan berkualiti untuk memenangi set kedua 21-18, sekali gus mengheret Gemke ke set penentuan.

Memasuki set terakhir, kedua-duanya saling bertukar mata dan tidak ketinggalan jauh bagi merapatkan jurang masing-masing.

Perlawanan semakin memukau tatkala skor terikat 8-8. Aksi berlarutan hingga hampir 60 minit, namun kemenangan masih terbuka buat kedua-dua pihak.

Namun, sekali lagi rezeki tidak menyebelahi wakil negara apabila tewas 21-18.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kelima Lee Zii Jia di tangan Gemke dalam pertemuan antara kedua-dua pemain.

 

Must Watch Video