Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025.
Tempoh 49 minit diperlukan wakil negara yang turun selaku pilihan pertama kejohanan itu untuk menewaskan wakil Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree-Taerattanachai, menerusi aksi straight set 21-16,21-14 sebentar tadi.
Advertisement
Wakil Thailand di ranking ke-65 dunia itu memberikan saingan sengit dalam set pertama sebelum akur tewas 16-21 kepada Tang Jie-Ee Wei dalam set pertama.
Set kedua pula menyaksikan wakil negara selesa mendahului 12-3 dalam awal set kedua, meskipun pengalaman yang dimiliki Sapsiree yang pernah menghuni ranking pertama dunia memacu kebangkitan kem Thailand.
Namun, wakil negara yang merupakan juara dunia itu terlebih dahulu menamatkan permainan dengan kemenangan 21-14 untuk melangkah ke final.
Mereka akan berdepan Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat (Thailand) mahupun Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu (Indonesia) dalam pentas akhir esok.

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.