Skip to main content

Bola Sepak

'Tak Feel Tanpa Astro' -- Peminat bola sepak luah rindu layan Piala Dunia liputan Astro

'Tak Feel Tanpa Astro' -- Peminat luah rindu layan Piala Dunia liputan Astro

Ketika demam Piala Dunia 2026 mula melanda seluruh dunia, satu perbincangan menarik tercetus dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia di media sosial apabila ramai meluahkan rasa rindu terhadap liputan Piala Dunia yang pernah disajikan oleh Astro.

Menerusi beberapa hantaran di Threads yang kini menjadi perhatian ramai, pengguna media sosial berkongsi pandangan bahawa suasana dan pengalaman menonton Piala Dunia kali ini berbeza berbanding edisi-edisi terdahulu.

Pengguna Threads, fahmi_negredo, mengakui beliau merindui pengalaman mengikuti Piala Dunia menerusi Astro yang disifatkannya lebih lengkap dan meriah.

“Sejujurnya aku rindu Astro untuk World Cup. Ada channel highlight pusing 24 jam, ada highlight YouTube, cepat je dia upload lepas game. Ini la tahun di mana vibes World Cup tu kurang,” tulisnya.

Pandangan itu turut mendapat sokongan ramai peminat lain yang berkongsi pengalaman serupa.

Menurut seorang pengguna yang dikenali sebagai _mustaqm, kekuatan utama Astro suatu ketika dahulu adalah kandungan sorotan perlawanan yang lengkap dan mudah diakses.

“Betul. Tak ada siapa boleh lawan Astro punya highlights. Lengkap weyh. Orang yang terlepas perlawanan secara langsung, tengok highlights pun dah cukup,” katanya.

Sementara itu, veyvein_durai pula menyifatkan liputan Piala Dunia Astro sebagai antara yang terbaik pernah dinikmati peminat bola sepak tempatan.

“Bukan apa, coverage Astro tip-top. Siap ada channel-channel khas untuk World Cup. Ada siaran 4K lagi. Guna piring satelit pun tak lag. Pundit mereka profesional dan tahu apa yang mereka cakap.

“Saya tetap bersyukur dengan siaran percuma, tetapi suasananya tidak sama,” katanya.

Bagi muizshahrin pula, antara perkara yang paling dirindui ialah barisan hos dan penganalisis yang menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton Piala Dunia selama bertahun-tahun.

“Tak feel tengok World Cup tanpa Astro. Dari dulu dah biasa dengan celoteh dan analisis daripada hos Adam Carruthers.

“Ditambah pula dengan pundit-pundit dan legenda bola sepak dunia yang dibawa khas ke Malaysia. Ada banyak saluran, siaran ulangan, highlights dan semuanya berkualiti.

“Kalau terlepas tengok perlawanan sebab kerja pun tak mengapa, boleh tengok semula bila-bila masa,” katanya.

Seorang lagi pengguna, arip, turut mengimbau kenangan ketika Astro menjadi penyiar utama kejohanan tersebut.

“Dulu bila Astro dapat hak penyiaran memang best. Banyak channel khas untuk World Cup sahaja.

“Sebelum kejohanan bermula pun saluran itu sudah ada. Boleh tengok klip-klip menarik, sorotan Piala Dunia terdahulu dan jadual perlawanan lebih awal,” katanya.

Perbincangan tersebut memperlihatkan bahawa bagi sebahagian besar peminat bola sepak tempatan, pengalaman mengikuti Piala Dunia bukan sekadar menonton perlawanan semata-mata.

Sebaliknya, ia melibatkan keseluruhan ekosistem liputan termasuk program pra-perlawanan, analisis taktikal, sorotan aksi, siaran ulangan, dokumentari khas dan kehadiran penganalisis bertaraf antarabangsa yang membantu menghidupkan suasana kejohanan.

Walaupun ramai mengakui mereka menghargai siaran percuma yang disediakan ketika ini, perbualan di media sosial jelas menunjukkan ramai peminat masih menyimpan nostalgia terhadap era liputan Piala Dunia oleh Astro yang dianggap berjaya mencipta pengalaman menonton yang lebih menyeluruh dan mendalam.

Bagi mereka, Piala Dunia bukan hanya tentang 90 minit di atas padang, tetapi juga tentang suasana, cerita dan pengalaman yang mengiringi setiap detik kejohanan terbesar bola sepak dunia itu.

Astro buat pertama kali tidak menyediakan liputan penuh saingan Piala Dunia sejak edisi 1998.

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Must Watch Video