Skuad Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) wanita negara mencipta kebangkitan luar biasa ketika menewaskan Filipina 4-3 dalam aksi final acara itu di Bangkok sebentar tadi.
Dibarisi Queenie Mae, Arfah Hazira Syahiruddin Lubis, Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi, Afrina Balqis Ibdhi Ali, Qurratul Ain Nurfarisha Nizam dan Hanis Wahidah Dashuki, pasukan negara mendominasi game pertama untuk mendahului 1-0.
Advertisement
Bagaimanapun, mereka tewas dua game berikutnya untuk ketinggalan 1-2 tetapi dalam game keempat, keampuhan strategi menyaksikan pasukan negara kembali mengikat kedudukan 2-2.
Malaysia sekali lagi tewas dalam game kelima untuk kembali ketinggalan 2-3.
Tetapi dominasi menyeluruh yang dipamerkan mereka dalam game keenam dan ketujuh memastikan kebangkitan bersejarah itu untuk dinobatkan pemenang pingat emas dengan kemenangan 4-3.
Ia menyaksikan kem MLBB negara melunaskan dendam ke atas Filipina selepas pasukan lelaki tewas 0-4 di tangan lawan sama petang tadi.