Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Filipina, Thailand ada pemain miliki dua pasport

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

floorball

Pertembungan Malaysia dengan Filipina bagi perebutan pingat gangsa sukan floorball berakhir antiklimaks dalam Sukan SEA Thailand.

Pertemuan dua negara yang memiliki status latar belakang pemain berbeza membuatkan perlawanan ini semakin 'menarik'.

Advertisement

Skuad floorball wanita negara berada di kedudukan terbaik untuk melengkapkan podium, namun kelebihan yang dimiliki bersifat sementara.

Ellya Syahirah menghidupkan harapan kem negara apabila menjaringkan dua gol pada awal pertemuan tersebut -- gol pembukaan skuad negara hasil jaringan free hit yang memerangkap penjaga gol Filipina.

Sensasi syahirah sekali lagi terbukti apabila menyempurnakan gerakan power play untuk kembali meletakkan skuad negara di hadapan.

Namun, suratan takdir memihak pihak lawan yang kembali menyamakan kedudukan 2-2 sebelum menang ke atas skuad negara di penentuan penalty shoot out 5-3.

Ini bermakna, skuad floorball wanita negara gagal mengulangi pencapaian pingat gangsa temasya dwitahunan itu pada edisi 2015 di Singapura, 2019 Flipina dan 2023 Kemboja.

"Sudah tentu kami agak sedih, kerana kami sangat dekat untuk membawa pulang pingat.

"Kami tidak menggunakan kelebihan sewaktu mendahului 2-1.

"Masa tambahan kami tidak dapat menjaringkan gol, dan kami tewas penalty shootout.

"Bercakap mengenai masa hadapan, kami akan menambah baik peluang untuk menjaringkan gol," kata kapten pasukan, Cheah Pei Yi.

"Filipina dan Thailand mempunyai pemain yang memiliki dua pasport. Mereka ada pemain yang berasal dari Eropah.

"Kami memerlukan ramai orang untuk bermain floorball.

"Harapnya dengan pengumuman floorball akan berada dalam senarai sukan menjelang Sukan SEA Malaysia 2027, ada perkembangan baik dalam floorball negara," kata ketua jurulatih, Rizal Razman.

Must Watch Video