Chef de Mission Malaysia ke Sukan Para ASEAN, Mohd Zarrawi Ravi, mengakui isu campuran klasifikasi menyukarkan atlet untuk bersaing pada tahap sebenar dan wujudnya 'double standard'.
Dia telah mengambil inisiatif dan menyuarakan perkara tersebut kepada tuan rumah, Thailand namun tiada tindakan diambil.
Advertisement
Ketika ini, Malaysia terpaksa akur apabila sukan para renang antara yang menerima tempiasnya, selepas mensasarkan 21 emas tetapi hanya sembilan emas dikutip berikutan isu ini.
"Saya kena tegaskan ini berlaku kerana isu klasifikasi yang melibatkan atlet kita disatukan dalam kelas yang lebih sukar untuk bertanding.
"Mereka terpaksa bersaing dengan keupayaan berbeza. Tahap kecacatan berbeza.
"Kami sudah memintan pandangan tuan rumah supaya lebih serius kerana ia tidak adil.
"Tetapi, kami tetap akur keputusan tuan rumah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Selain itu, Zarrawi berpuas hati dengan pencapaian kem para olahraga kerana berjaya melepasi sasaran 14 pingat emas dalam temasya kali ini.
