Skip to main content

Ragbi

Skuad ragbi remaja wanita Malaysia berangkat ke Thailand dengan sasaran final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi

Skuad ragbi remaja wanita bakal memulakan perlawanan dalam Kejohanan Ragbi 7 sepasukan (7's) Sekolah Asia selepas hampir tujuh bulan menjalani persiapan di Bangkok, Thailand bermula Sabtu ini.

Selain penyertaan dua pasukan mewakili tuan rumah, saingan Malaysia turut melibatkan dua lagi negara iaitu Laos dan India.

Advertisement

Berbekalkan latihan intensif yang lengkap sebelum berangkat ke bumi Gajah Putih esok, barisan kejurulatihan menaruh harapan tinggi buat skuad pelapis Bunga Raya wanita itu dengan sasaran sekurang-kurangnya ke final.

Prestasi pemain negara sepanjang kejohanan juga akan dinilai bagi melihat jika berpotensi diserap serta menguatkan skuad senior.

"Alhamdulilla. Saya melihat atlet-atlet yang akan mewakili negara ini mempamerkan kesungguhan yang bagus.

"Kami juga telah membuat persiapan rapi daripada kejohanan lalu sebelum memasuki kem latihan.

"Meskipun rata-rata pemain merupakan pelajar, tetapi kami dapat berlatih bersama," kata Ahli Lembaga Ragbi Wanita Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Wan Ibrahim Wan Chik. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video