Skip to main content

Bola Sepak

Skandal FIFA-FAM: 'Kami perlu tahu pasukan mana akan jadi juara kumpulan, agar dapat dimasukkan dalam balang undian'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFC

Ketika pencinta bola sepak tanah air dalam situasi menunggu apakah nasib yang akan menimpa pasukan kebangsaan, begitu juga, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Keperluan untuk menetapkan siapa juara Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menjadi modus operandi utama AFC yang menegaskan tidak mahu buat kerja dua kali merujuk kepada persediaan undian di Piala Asia nanti.

Advertisement

Justeru penting buat mereka mendapatkan keputusan penuh daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang dijangkakan bakal berlaku pada bulan ini.

Situasi menjadi rumit apabila Malaysia terkait dengan isu mengubah dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Undian AFC untuk saingan Piala Asia 2027 bakal berlangsung 11 April 2026 di Arab Saudi, dan memerlukan persediaan awal merujuk kepada aspek aspek tertentu.

"Jadi untuk persiapan kami harus mengetahui pasukan mana yang akan menjadi juara peringkat kumpulan supaya nama mereka dapat dimasukkan dalam balang undian. Itu paling penting sekali

"Kami tidak mahu melakukan dengan pasukan lain dan tiba-tiba ada satu keputusan daripada CAS yang menyaksikan kami perlu lakukan pertukaran selepas undian dilakukan, ini yang kami cuba elak.

"Kami mahu semua nama pasukan adalah jelas, terutamannya dalam kumpulan yang ada Vietnam, Malaysia, Laos dan Nepal," kata Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John.

Sama ada usaha FAM mampu menongkah arus mahupun sebaliknya, tiada jawapan tepat mampu diberikan AFC.

Namun, jika merujuk kepada kes lampau, ada juga perayu menerima hukuman lebih berat berbanding keputusan yang diperoleh dalam peringkat Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Malah, FAM sendiri tidak berkongsikan kepada umum, rayuan yang dibawa ke CAS atas dasar apa sekali  gus menjadikan isu yang dibawa ke CAS itu kekal sebagai tanda tanya daripada aspek butirannya.

"Saya rasa dalam konteks kes FAM ini kami harus mengetahui apakah yang telah dirayu oleh FAM, adakah daripada segi penggunaan Artikel 22, tempoh pemain dihukum, itu menjadi faktor dalam CAS membuat keputusan nanti." tambahnya.
 

Must Watch Video