Skip to main content

Bola Sepak

Saya nak pemain saya bergaduh -– Ruben Amorin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

EPL

Ia bukan sindiran kepada insiden Idrissa Gana Gueye menampar Michael Keane, tetapi seruan jelas Ruben Amorim kepada anak buahnya untuk tunjukkan semangat juang yang tinggi.

Kekalahan 0-1 oti juga menyaksikan rekod tanpa kalah buat United di bawah pimpinan Ruben Amorim terhenti.

Advertisement

 

 

 

 

Bagi Amorim, pergaduhan seperti itu (tanpa kad merah) sebenarnya tanda ada keinginan dalam pasukan, sesuatu yang beliau belum lihat cukup pada United.

Amorim malah bersetuju dengan kenyataan David Moyes yang melihat insiden itu sebagai tanda pemain Everton benar-benar mahu menang.

“Fighting is not a bad thing, Fighting is when you lose the ball and you fight because we will suffer a goal”, reaksi Amorim berkaitan pergaduhan yang terjadi dalam pasukan Everton.

 

 

 

 

Selepas bulan Oktober yang membawa penghargaan Manager of the Month, bulan November menunjukkan kepada penurunan prestasi buat The Red Devils.

United kelihatan kembali hilang identiti dan ini merupakan masalah yang cukup merisaukan Amorim. Dia juga tidak mahu kembali kepada perasaan seperti musim yang lalu menyaksikan United seperti tidak bernyawa.

Dia menegaskan pemain sedang berusaha tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Mereka perlu ada mentaliti kemenangan yang tinggi untuk rakan sepasukandan juga menjaga maruah kelab.

Walaupun pada awalnya ia kelihatan United kembali ke landasan sebenar, Amorim sedar yang mereka belum berada di tahap sebenar dan ia akan kekal seperti itu jika pasukan tiada api untuk bertarung.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Topik Berkaitan

Must Watch Video