Pastinya bukan bagai sirih pulang ke gagang tetapi kehadiran semula dirinya mendapat perhatian peminat tempatan.
Menurut perkongsian di media sosial, individu berpengalaman, Shin Tae-yong, dilantik sebagai jurulatih Indonesia menjelang satu kejohanan bola sepak di Itali.
Advertisement
Namun, bagi mengelakkan kekeliruan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu merupakan jurulatih bagi bola sepak mini di bawah pengaruh Persatuan Bolasepak Mini Indonesia (FSMI).
Perbezaan utama antara bola sepak mini dan bola sepak konvensional terletak pada saiz padang, jumlah pemain, dan peraturan permainan yang bersesuaian.
Secara keseluruhannya, bola sepak mini lebih fokus kepada permainan santai, larian pantas, dan banyak jaringan gol, manakala bola sepak 11 sebelah lebih kepada taktikal dan ketahanan fizikal.
🚨 OFFICIAL: FSMI appoints Shin Tae-yong as Timnas mini soccer head coach ahead of Intercontinental Cup Italy 2026. (via @BolaSportcom) pic.twitter.com/J8jtVSFsDR
— Timnas Xtra (@TimnasXtra) April 27, 2026
Kebiasaannya, bola sepak mini dimainkan dengan 5, 6, 7, atau 8 orang pemain dalam satu pasukan (paling popular 6 atau 7 sebelah), selain penggunaan padang, bola dan gawang yang lebih kecil.
Tiada peraturan melibatkan ofsaid dan pertukaran pemain tidak terhad.
Shin Tae-yong dipecat Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) pada Januari tahun lalu selepas pertimbangan mengenai prestasi secara jangka panjang bagi semua lapisan skuad bermula pasukan utama sehingga dan skuad muda tidak menepati sasaran.
Untuk rekod, pengendali kelahiran Korea Selatan itu memacu Sang Garuda ke perlawanan peringkat kalah mati dalam saingan Piala Asia Qatar 2023, tahun lalu.
Shin Tae-yong juga berjaya membawa Indonesia melayakkan diri secara merit ke Piala Asia Arab Saudi 2027 dan sedang menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.