Skip to main content

Bola Sepak

Eksklusif! Bintang bola sepak pantas tukar kewarganegaraan saat akhir akibat...

Volpato

Dahulu pernah tolak pelawaan, sekarang buat pusingan U demi peluang terbesar dalam karier!

Bekas pemain antarabangsa bawah 20 tahun (B-20) Itali, Cristian Volpato, telah memutuskan untuk mewakili Australia dan akan menyertai kem latihan kebangsaan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) menjelang Piala Dunia berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu dilahirkan dan dibesarkan di Sydney, bermain untuk Sassuolo dalam Serie A.

Dia menolak peluang untuk bermain untuk Socceroos pada Piala Dunia 2022, dan menanti masa untuk mewakili Itali pada edisi kali ini, namun berakhir dengan kekecewaan selepas Itali tidak berjaya layak ke kejohanan paling berprestij itu awal tahun ini. 

Badan induk bola sepak Australia berkata mereka telah menerima surat pelepasan dari Itali dan mengemukakan dokumen kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menukar status kewarganegaraan kepada Australia.

"Setelah diluluskan, Volpato akan layak secara rasmi mewakili Socceroos," kata badan pentadbir itu dalam satu kenyataan.

Berita itu muncul beberapa hari selepas Australia kehilangan perancang, Riley McGree, untuk kejohanan itu kerana kecederaan hamstring yang dialaminya ketika bermain Middlesbrough.

Popovic akan menamakan skuad 26 pemain terakhirnya untuk kejohanan 11 Jun hingga 19 Julai di AS, Kanada dan Mexico pada hari Isnin.

Australia akan menentang Turkiye, A.S. dan Paraguay dalam peringkat kumpulan dengan pembukaan bertemu Turkiye di Vancouver pada 13 Jun.

Persoalan paling hangat adalah Volpato telah melepaskan pasport Itali?

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video