Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Murung, satu dunia masih tak henti 'maki' Arsenal

Arteta

Badi berterusan. 

Walaupun Arsenal tidak pernah tewas dalam peringkat awal mahupun kalah mati dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, namun perjalanan magis mereka itu tidak kesampaian bergelar juara apabila tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) di Puskas Arena, Budapest, Hungary awal pagi tadi.

The Gunners terpaksa berputih mata menanti lebih lama apabila penantian ternyata belum berakhir untuk merangkul trofi paling berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah. Mereka mengulangi pencapaian pada 2005/06 untuk bergelar naib juara. 

Kegagalan pertahanan, Gabriel Magalhaes, menyempurnakan sepakan penalti terakhir telah mengakibatkan pelbagai suasana berbeza. Perasaan peminat sendiri bercampur baur, manakala penyokong lain meraikan kekalahan itu. 

Skuad kendalian Mikel Arteta yang baru menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama selepas 22 tahun, gagal mencipta sejarah memenangi UCL meskipun berada di landasan tepat musim ini. 

Media sosial bergegar dengan kekalahan itu, malah beberapa kelab terkemuka dunia turut menghentam kegagalan Arsenal. 

"Bola sepak masih selamat. 

"Chelsea masih pasukan London terbaik. 

"Sepanjang 100 tahun umur bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, juga belum pernah menyaksikan Arsenal merangkul trofi UCL. 

Begitulah antara komen yang sedang hangat di internet. 

 


 

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video