Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: Segalanya mungkin asal beri yang terbaik -- Jonassen

j

"Segalanya mungkin."


Demikian tegas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenneth Jonassen, yang dilihat teruja menantikan aksi pembukaan skuad Piala Uber menentang Turkiye, namun, diharap skuad wanita bertindak mengikut taktikal dan strategi yang tepat.

Advertisement

Semua pemain, baik skuad Piala Yhomas mahupun Piala Uber, ketika ini sudah dalam keadaan bersedia dengan motivasi tinggi bakal menjadi senjata utama untuk memulakan kempen masing-masing di Horsens, Denmark, esok.

"Andai kami bermain dengan kemampuan penuh, peluang kami akan cerah.

"Sudah tentu Turkiye akan sedaya upaya untuk meletakkan kami di bawah tekanan jadi saya ingin lihat sejauh mana pemain wanita kita mampu menanganinya.

"Segalanya mungkin terjadi jadi adalah penting untuk menerapkan strategi dan minda yang betul untuk menghadapinya.

"Kami sudah bersedia untuk memulakan kempen dan pemain juga bersemangat tinggi untuk menghadapi pertarungan yang menjelang," kata Jonassen.

Dalam masa sama, Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky, percaya kem latihan selama tujuh hari di Herning jelas memberi impak positif terhadap moral dan kesediaan mental pasukan.

Aksi menentang England akan menjadi ujian awal yang sangat penting buat skuad lelaki negara, lantas Rexy berharap siapa sahaja yang diturunkan mampu mempamerkan aksi terbaik untuk meraih kemenangan.

"Selepas menjalani kem latihan, saya harap mereka mengekalkan motivasi untuk memberikan yang terbaik," katanya pula. 

Must Watch Video