Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia Trek UCI: Skuad pecut berpasukan wanita hampiri rekod kebangsaan

j

Pusingan ketiga Piala Dunia Trek UCI 2026 yang membuka tirai di Veldrome Nasional Nilai pada Jumaat disajikan aksi menarik ditonjolkan skuad pecut berpasukan wanita negara apabila hampir mencipta rekod kebangsaan 48.297s sebelum diatasi Poland dalam pusingan akhir!

Sedar akan ramai yang mengharapkan mereka sekali lagi mencipta kejutan dengan memecahkan rekod kebangsaan,  48.274s, namun bagi Anis Amira Rosidi, terdapat banyak situasi yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan kempen Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Filipina, bulan lalu.

Advertisement

"Masa kelayakan kami berikan yang terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya.

"Pastinya selepas itu kami mahu buat yang lebih baik tapi tidak menjadi.

"Mungkin trek dan tekanan menjadi faktor (kami mengulangi prestasi)," kata Anis Amira selepas kehampaan dalam pusingan akhir acara itu.

Dalam pada itu, meskipun mengakui masa yang dicatat tidak memuaskan apabila gagal ke peringkat seterusnya, pengganti Ridwan Sahrom dalam acara pecut berpasukan lelaki, Adib Andhar Andan, tetap menganggap ia sebagai detik istimewa apabila diberi peluang berlumba di atas pentas besar ini.

"Saya berasa agak gementar, ia satu proses pembelajaran.

"Saya perlu bekerja lebih keras," katanya pula. 
 

Must Watch Video