Skip to main content

Olahraga

Rentas Desa MSSM: 480 peserta rebut kejuaraan bersaksikan keindahan-perpaduan agensi Labuan

j

Kejohanan Merentas Desa menjadi pembuka tirai Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 yang bakal berlangsung esok.

Meriah! Penyertaan seramai 480 peserta terbaik daripada 16 Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) di Malaysia merangkumi tiga kategori acara iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun & 18 tahun dalam kategori lelaki dan perempuan.

Advertisement

Lebih menarik, laluan larian di sini memberi pengalaman berbeza buat peserta, berlari sambil menikmati panorama indah tepi pantai.

Persiapan rapi dijalankan tuan rumah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi tempatan bagi memastikan penganjuran sulung ini terus mengangkat taraf kejohanan sukan kebangsaan.

Jelas Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dipilih sebagai venue kejohanan kerana merupakan pusat pelancongan yang sesuai untuk aktiviti riadah dan rekreasi.

Apabila kita dapat melibatkan semua agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Kekuatan Labuan -- walaupun kami kecil -- sebenarnya disokong oleh semua agensi.

"Peserta akan berlari di kawasan pantai dan botani di atas laluan yang ditetapkan yang telah diperhalusi oleh bahagian teknikal (kejohanan)," kata Yahya di Nadi Arena.

Tiga acara tersebut melibatkan tiga klasifikasi jarak iaitu empat, enam dan lapan kilometer mengikut kategori masing-masing.

 

Must Watch Video