Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, berkongsikan Washington tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap pemain Iran yang akan menyertai Piala Dunia 2026.
Namun, Rubio mendakwa beberapa individu yang dibawa dalam kem bola sepak Iran nanti mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).
Advertisement
"Tiada apa-apa daripada AS yang memaklumkan bahawa mereka bahawa mereka tidak boleh datang.
"Masalah dengan Iran bukanlah atlet mereka. Ia adalah sebahagian daripada individu lain yang ingin dibawa bersama mereka.
"Sebahagian daripada mereka mempunyai kaitan dengan IRGC. Kami mungkin tidak dapat membenarkan mereka masuk tetapi bukan atlet itu sendiri.
"Mereka tidak boleh membawa sekumpulan individu IRGC ke negara ini dan berpura-pura bahawa mereka wartawan dan jurulatih." katanya.
Untuk rekod, Iran hanya akan memutuskan penyertaan mereka dalam saingan bola sepak paling berprestij di dunia itu sebaik sahaja menerima maklum balas daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai penempatan semula perlawanan dari AS ke Mexico.