'Saya bersedia untuk beraksi di Piala Thomas jika Malaysia memerlukan saya', - itu laungan semangat Olimpian badminton negara, Lee Zii Jia, ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, hari ini.
Selepas empat bulan mengharungi proses pemulihan akibat kecederaan serius pada tahun 2025, Zii Jia kini kembali membuka langkah di Terbuka Malaysia dengan semangat baru.
Advertisement
Menyifatkannya sebagai keterujaan dan bukan tekanan, perkara itu pastinya memberi keyakinan serta nafas baharu buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu.
“Siapa tak mahu main untuk negara? Jika Malaysia perlukan saya, saya bersedia ke Piala Thomas.” 💪🇲🇾
Selepas 4 bulan pemulihan, Lee Zii Jia kembali ke Terbuka Malaysia, keterujaan bukan tekanan, jadi kunci keyakinan peraih gangsa Olimpik Paris 2024 ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/YJcjx8gEng— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 4, 2026
Ikuti berita penuh menerusi Nadi Arena petang ini.