Kekalahan Lee Zii Jia dalam pusingan awal Terbuka Switzerland mencetus pelbagai reaksi dan tanda tanya segelintir peminat tanah air tentang kewibawaan pemain tersebut untuk melangkah lebih jauh dalam Piala Thomas di Horsens, Denmark.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, menganggap prestasi semasa pemain perseorangan itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur menjelang Piala Thomas 2026, bulan ini.
Advertisement
Dr Taufiq masih berpegang teguh kepada kredibiliti pemain berusia 28 tahun itu untuk menjadi menyumbang satu mata buat skuad badminton negara selepas pemain tersebut mengesahkan penyertaannya.
Kehadiran Zii Jia sebagai nama besar dalam arena badminton negara dijangka memberi kelebihan daripada segi pengalaman dan kepimpinan, khususnya dalam aksi getir menentang kuasa besar badminton dunia seperti China, Denmark dan Indonesia.
Dr Taufiq menyifatkan prestasi individu dalam kejohanan jelajah dunia sebagai bukanlah penentu berikutan format berpasukan sering menyaksikan semangat dan aura luar biasa ditampilkan pemain selain kualiti permainan.
Gabungan perseorangan dan beregu mantap, skuad negara dilihat masih berpotensi mencabar kejuaraan dengan sasaran juara diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BMA) kali ini.
Skuad badminton negara dalam usaha buru gelaran keenam Piala Thomas selepas kali terakhir menjuarainya pada edisi 1992 di laman sendiri.
"Kami masih meletakkan keyakinan yang tinggi. Jangan lemah semangat, jangan terlalu awal. Saya sentiasa optimis untuk merangkul Piala Thomas dengan bergaya.
"Saya sentiasa berhubung dengan BAM untuk memastikan atlet akan terus lebih baik. Pemain perlu terus fokus dan masyarakat terus berikan sokongan kepada atlet negara," katanya dalam Majlis Iftar SAM, malam tadi.