Skip to main content

Badminton

Piala Thomas: 'Kali terakhir menang 1992, perlu kerja keras dan persiapan perlu lebih baik lagi'

aa

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, mempertahankan keputusan barisan kejurulatihan menurunkan pasangan beregu ‘scratch pair’ ketika menentang Jepun dalam aksi peringkat kumpulan Piala Thomas meskipun dikritik hebat fanatik badminton negara.

Menurutnya,  keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan pemain, termasuk kecederaan ringan yang dialami Man Wei Chong yang mengadu sakit pada bahagian kaki.

Advertisement

Perbincangan turut dilakukan bersama pasukan kejurulatihan, kem profesional serta pihak Persatuan Badminton Malaysia sebelum keputusan dimuktamadkan.

 

 

 

"Itulah keputusan yang kami ambil dengan hasil yang tidak sesuai, satu beregu iaitu Aaron Chia-Tee Kai Wun menang tetapi Izzuddin-Soh Woi Yik tewas.

"Semua itu boleh jadi kemungkinan menang dan kalah, ketika berdepan Jepun itu adalah pemain yang paling siap sedia untuk diturunkan," katanya.

Herry turut berkongsikan walaupun sasaran untuk menamatkan kemarau 34 tahun negara kekal berpanjangan namun ianya menjadi pengajaran berguna buat keseluruhan pasukan tampil lebih hebat pada masa akan datang.

"Kali terakhir menang 1992 dan hingga sekarang masih belum menang lagi, perlu terus kerja keras dan persiapan perlu lebih baik lagi." katanya.

Must Watch Video