Skip to main content

Bola Sepak

Piala Shopee: Muka saya mungkin sudah berbeza tetapi tidak hati saya -- Mickey

j

Tanggal 5 mei dua tahun lalu Faisal Halim termenung kaku selepas di simbah asid.

Hari ini, tarikh yang sama dia tidak kaku meluahkan rasa untuk kekal memperjuangkan Selangor demi keputusan terbaik menjelang pertemuan dengan Nam Dinh dalam separuh akhir pertama Piala Shopee di Stadium MBPJ, malam esok.

Advertisement

Semangat anak jati Pulau Pinang ini kekal membara.

Dua tahun lalu dia bertarung nyawa untuk hidup dan hari ini dia cukup tenang melayan soalan wartawan dalam sidang media rasmi sebentar tadi.

Mickey mahu 90 minit pertemuan itu berakhir dengan kelebihan memihak skuad kendalian Kim Pan Gon tersebut bagi membawa bekalan lebih bermakna sebelum berangkat  ke Vietnam, hujung minggu ini.

Ini bukan kata kata biasa seorang pemain, tetapi ia menyimpan 1001 makna mendalam untuk pemain hebat seperti Mickey.

"Wajah saya mungkin berbeza tapi semangat saya tetap serupa untuk jadi yang terbaik -- berusaha setiap hari dalam latihan dan perlawanan sebenar buat diri sendiri dan kela.

"Saya ingin mengembalikan tahap persembahan sebagaimana dua tahun lalu.

"Saya akan tetap terus bekerja keras biarpun ramai mengatakan tahap saya masih baik.

 

 

 

"Ia bukan soal bangkit dan bermain bagus. Tapi saya mahu konsisten dalam permainan dan sebaik bola di kaki, mereka tahu sesuatu akan berlaku," katanya.

Pengendali Selangor, Pan Gon tidak teragak-agak untuk berkongsi hasrat beraksi di pentas final Piala Shoppee adalah impiannya.

Namun, segala-galanya bakal terlaksana andai aksi separuh akhir benar benar memihak kepadanya dan pasukan dikala Gergasi Merah berada dalam prestasi terbaik menjelang pertemuan, malam esok.

Fokus untuk mara ke final sangat penting. Kami sedia tempuh apa jua cabaran.

"Pemain saya patut menganggap perlawanan ini sesuatu yang mustahak untuk masa depan.

"Dalam 10 tahun kebelakangan ini, Selangor tidak meraih keputusan yang bagus dan sekarang kami mula membina karakter.

"Kami mahu melakar keputusan baik demi masa depan. Kemaraan ke final akan menyemarakkan lagi keyakinan serta semangat kami," katanya pula.

 

Must Watch Video