Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Terengganu nantikan cabaran daripada Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

 Piala Malaysia

Pengendali sementara Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, berpuas hati dan lega dengan kejayaan pasukannya membenam UM Damansara 5-0 dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia, semalam.

Tengku Hazman menyifatkan kemenangan besar itu sebagai hadiah paling bermakna buatnya, sekali gus menjadi suntikan motivasi terbaik tuan rumah menuju ke aksi suku akhir dan mengharungi aksi ke-16 Liga Super dengan Selangor, Ahad depan.

Advertisement

"Kami mencipta banyak peluang dan manfaatkannya dengan selesa.

"Bermain di tempat sendiri dan tidak kira siapa lawan selepas ini, kami tidak mahu lagi keciciran mata," katanya sejurus pertemuan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu berakhir.

Bekas penyerang negara, Engku Nur Shakir Engku Yacob mencipta sensasi sebaik mencipta hatrik bersama Sang Penyu selepas dia memecah kebuntuan jaringan selepas setengah jam permainan, sementara dua lagi gol Terengganu dijaringkan pemain import, Careca.

Buat ketua jurulatih UM Damansara, Ridzuan Abu Shah, perbezaan kualiti pemain import menjadi penyebab pasukannya tewas.

Apa pun, dia puas hati dengan persembahan dan semangat juang dipamer anak buahnya.

"Saya tidak kisah berdepan Terengganu yang mempunyai ramai pemain import.

"Tapi saya mahu lihat kemampuan anak buah. Kalau mahu di tahap yang lebih bagus maka kami perlukan kemampuan yang lebih bagus.

"Saya terima kekalahan 0-5 ini akibat beberapa kesilapan.

"Permainan terbuka pada malam ini membolehkan kami untuk mengenal pasti kelemahan kami.

"Kami akan fokus kepada Piala Cabaran terutama saingan A1 Semi-Pro," katanya. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video