Imigresen gagal membawa kelebihan menjelang perlawanan Piala Malaysia timbal balik kedua apabila sekadar meraih keputusan seri 0-0 di Batu Kawan, sebentar tadi.
Kelebihan buat Negeri Sembilan apabila memiliki peluang terbaik untuk mencipta kemenangan di tempat sendiri minggu hadapan, namun persaingan masih bersifat terbuka untuk kedua-dua pasukan mara ke pusingan seterusnya.
Advertisement
Untuk rekod, pasukan Hobin Jang Hobin itu belum meraih sebarang kemenangan selepas empat aksi bermain pada waktu petang dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) setakat ini.
KEPUTUSAN MASA PENUH | PM R16-1#PialaMalaysia2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/AIZXpkT5dB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 17, 2026
Tuan rumah hampir mendahului 1-0 namun jaringan dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) ekoran ofsaid pada separuh masa pertama.
Skuad kendalian Nidzam Jamil juga mempunyai dua peluang keemasan menerusi pemain import, Joseph Esso, tetapi percubaan sekadar mengenai tiang.
Perlawanan penentuan akan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi bagi merebut slot ke suku akhir pada 25 Januari ini.