Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: JDT selangkah ke final buat kali keenam berturut-turut

Piala Malaysia: JDT selangkah ke final buat kali keenam berturut-turut

Kemenangan bergaya Johor Darul Ta'zim (JDT) meletakkan mereka selangkah ke pentas final Piala Malaysia buat kali keenam berturut-turut -- satu dominasi yang terus mengukuhkan status mereka sebagai kuasa besar bola sepak tempatan.

Lebih menggerunkan, skuad kendalian Xisco Muñoz kini semakin hampir untuk melengkapkan kejuaraan quadruple buat musim keempat berturut-turut selepas berjaya menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim ini.

Advertisement

Kejayaan tersebut turut menjadi suntikan moral terbaik buat JDT menjelang aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit di Jeddah pertengahan bulan ini.

"Kami sangat bertuah kerana kami mempunyai seorang bos. Dia hidup pada tahun 2055," kata Munoz.

"Dia memajukan bola sepak, dia memajukan kelab, dia memajukan semua situasi, dan dia mahukan setiap hari yang terbaik untuk pasukan.

"Dia mahukan yang terbaik untuk pemain, untuk bola sepak, dan dia mahu cuba mencapai tahap yang tinggi."

"Jika anda memberitahu saya 10 atau 12 tahun yang lalu, ketika dia mula bekerja dalam bola sepak, bahawa kami akan bermain di Arab Saudi menentang kelab terbaik dengan wang yang besar… di sebalik perkara ini, dia mempunyai banyak kerja. Sekarang, kami bernasib baik kerana tiba pada saat ini dan menikmati situasi ini," kata Munoz.

Sama ada bakal berdepan juara bertahan Al-Ahli Saudi FC dari Arab Saudi atau Al-Duhail SC dari Qatar, Muñoz menegaskan anak buahnya perlu bersedia menghadapi cabaran yang jauh lebih getir di pentas Asia.

Dengan momentum luar biasa dan keyakinan tinggi, Harimau Selatan kini bukan sahaja memburu satu lagi final domestik, malah mengintai peluang untuk mencipta impak lebih besar di pentas benua.

Topik Berkaitan

Must Watch Video