[Kemaskini]Atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menamatkan saingan dengan meraih pingat gangsa acara pecut Kejohanan Berbasikal Piala Dunia UCI 2026 di Velodrom Nilai, sebentar tadi.
Selepas merakamkan kemenangan penuh dramatik dalam aksi keirin semalam, The Pocket Rocketman kembali ke velodrom hari ini beraksi dalam acara pecut.
Advertisement
Mempamerkan perlumbaan cemerlang di awal saingan sehingga ke pentas suku akhir, berdepan cabaran wakil Trinidad and Tobago, Nicholas Paul di separuh akhir.
Menang dalam perlumbaan pertama, Nicholas Paul berjaya memastikan slot ke final menerusi dua kemenangan berikutnya.
Azizulhasni akan berlumba dalam perebutan pingat gangsa berdepan Nikita Kiriltsev sebentar lagi.
Kemenangan dua perlumbaan berturut-turut dalam penentuan pingat gangsa menyaksikan Azizulhasni menamatkan kempen kali ini dengan penuh gemilang, meraih satu pingat emas dan satu pingat gangsa.