Skip to main content

Bola Sepak

Negeri Sembilan bangkit curi satu mata di Gong Badak

Negeri Sembilan bangkit curi satu mata di Gong Badak

Kebangkitan dramatik babak kedua membolehkan Negeri Sembilan mencuri satu mata berharga selepas seri 2-2 menentang Terengganu FC dalam aksi Liga Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Skuad Hobin Jang Hobin tidak mempamerkan aksi terbaik pada babak pertama apabila ketinggalan dua gol.

Advertisement

Namun, situasi itu tidak mematahkan semangat juang mereka apabila tampil lebih agresif selepas rehat, sebelum berjaya menyamakan kedudukan 2-2.

Pengendali Negeri Sembilan, K. Rajan mengakui perubahan taktikal pada babak kedua termasuk kemasukan pemain baharu menjadi faktor utama kebangkitan pasukan.

Langkah tersebut nyata berhasil apabila Negeri Sembilan tampil lebih tersusun dan berkesan di bahagian serangan.

Mengulas insiden tegang pada minit ke-82 susulan protes pemain dan pegawai Terengganu berkaitan keputusan lontaran ke dalam, Rajan memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Dia menegaskan keputusan tersebut adalah di bawah bidang kuasa pengadil, Hasrol Mohd Amir.

Sementara itu, pengendali interim Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, menyifatkan kegagalan mempertahankan kelebihan dua gol sebagai sesuatu yang perlu diperbaiki segera.

Walaupun beraksi di laman sendiri, mereka gagal mengekalkan momentum hingga wisel penamat.

“Dengan ketiadaan dua orang pada separuh masa pertama, Kasta (Kastaneer) dengan Kyaw Min Oo, masa minit ke-40. Dan pada separuh masa kedua itu, (kelemahan) kita nampak ketara dari segi ritma dan jurang (antara bahagian).

“Bila kita gantikan (Kastaneer dan Min Oo) dengan pemain baru itu, kita nampak juranglah. Saya rasa benda itu yang nampak ketaralah. Sebab penguasaan bola longgar dan kita hilang bola.

“Macam sebelum ini, Kasta banyak mengawal bola. Kita dapat main. Dan agak ketara bila ketiadaan Kasta itu, saya nampak agak ketara lah. Kita tidak dapat menguasai bola,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

Keputusan seri ini menyaksikan Negeri Sembilan membawa pulang satu mata penting, manakala Terengganu terpaksa berpuas hati usai melepaskan peluang meraih kemenangan.

Topik Berkaitan

Must Watch Video