Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Campur tangan luar negara makin melampau, seruan boikot AS diperhebatkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Dunia

Polisi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang gemar mencampuri dasar negara lain mencetuskan kebimbangan masyarakat dunia yang melaungkan agar Piala Dunia 2026 di Kanada dan Mexico diboikot.

Kempen Piala Dunia di Amerika Utara didorong kontroversi harga tiket selain masalah imigresen yang menjadi topik hangat, sekali gus mengundang persoalan mengenai isu keselamatan peminat.

Advertisement

Tatkala tumpuan dunia belum reda dengan penangkapan presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dan isterinya, Cilia Flores, yang diheret dan dibicarakan di AS, malah Trump bersengketa pula dengan Denmark berhubung pemilikan Greenland dan Iran.

Malam tadi, Trump meningkatkan polemik terhadap AS dengan kesediaannya melancarkan kekerasan dalam usaha mengekang kartel dari Mexico, yang merupakan salah satu penganjur Piala Dunia 2026.

Aktivitis berhaluan kiri dan bekas calon Parti Green, Ajamu Baraka, menempelak hasrat itu dengan menulis di X: "Jika AS sedang memutuskan hubungan dengan dunia, mengapa dunia tidak pula memutuskan hubungan dengan AS, bermula dengan Piala Dunia.

"Lebih-lebih lagi memandangkan pembunuhan oleh ICE (pegawai imigresen) di Minnesota, secara tidak langsung mengesahkan bahawa AS bukanlah satu tempat yang selamat untuk pelawat mahupun pendatang."

 

 

"Pemenang Hadiah Keamanan FIFA yang pertama pada minggu ini telah menyerang Venezuela dan menculik presiden mereka, mengugut untuk menyerang Greenland, Mexico, Colombia serta Iran, makanala pegawai ICE telah membunuh seorang ibu yang tidak bersenjata di Minnesota.


Tulis bekas seorang pendakwa raya, Nafir Afzal, di X: "Ia membawa kepada seruan untuk memboikot Piala Dunia FIFA! Adakah saya terlepas apa-apa?."
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video