Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Penyokong Argentina cetus provokasi terhadap Hossam Hassan, kibar bendera negara haram

Piala Dunia 2026: Penyokong Argentina cetus provokasi terhadap Hossam Hassan dengan negara haram

Kontroversi membabitkan penyokong Argentina terus memuncak selepas kemenangan dramatik ke atas Mesir apabila tular rakaman memaparkan sekumpulan penyokong mengibarkan bendera !sr@3l di hadapan jurulatih Mesir, Hossam Hassan.

Tindakan itu dipercayai sebagai provokasi terhadap Hassan yang sebelum ini mencuri perhatian apabila meraikan kemenangan Mesir ke atas Australia pada pusingan 32 terbaik dengan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan beberapa penyokong Argentina sengaja mengangkat bendera Israel ketika Hassan melalui kawasan penyokong selepas tamat perlawanan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak.

Insiden itu berlaku hanya sehari selepas Mesir tersingkir secara dramatik 2-3 kepada Argentina dalam aksi pusingan 16 terbaik yang turut dibayangi kontroversi keputusan pengadil. Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) kemudiannya memfailkan aduan rasmi kepada FIFA dengan mendakwa beberapa keputusan pengadilan dan VAR telah menjejaskan peluang mereka untuk mara ke suku akhir.

Sebelum ini, beberapa lagi rakaman tular memperlihatkan sebahagian penyokong Argentina bertindak menyembur minuman dipercayai bir serta mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap penyokong Mesir selepas wisel penamat, sekali gus menambahkan lagi ketegangan antara kedua-dua kelompok penyokong.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh FIFA atau pihak penganjur berhubung insiden kibaran bendera tersebut. Namun, tindakan menggunakan simbol atau isu politik bagi memprovokasi pihak lawan terus mengundang perdebatan kerana bertentangan dengan semangat perpaduan dan kesukanan yang menjadi asas penganjuran Piala Dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video