Kapten Argentina, Lionel Messi, mengakui dia tidak dapat menahan air mata selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Mesir dalam aksi pusingan 16 ]Piala Dunia 2026.
Menurut Messi, kegagalan tersebut membuatkan beliau berasa telah menghampakan rakan sepasukan, lebih-lebih lagi kerana cara dia mengambil sepakan itu.
“Saya menangis kerana saya merasakan saya telah mengecewakan rakan-rakan sepasukan disebabkan penalti yang saya gagal… dan cara saya mengambilnya.
“Tetapi syukur, sekali lagi Tuhan mempunyai sesuatu yang istimewa untuk saya pada penghujungnya. Saya sangat gembira,” katanya.
🚨 Leo Messi: “I cried because I felt that 𝐈 𝐥𝐞𝐭 𝐦𝐲 𝐭𝐞𝐚𝐦𝐦𝐚𝐭𝐞𝐬 𝐝𝐨𝐰𝐧 because of the penalty I missed… and the way I took it”.
“But thankfully once again, God had something special for me in the end. I’m very happy”. pic.twitter.com/eqhnG3W2WV— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 7, 2026
Walaupun terlepas peluang dari titik penalti, Messi bangkit mempamerkan ketenangan dan kepimpinan apabila membantu Argentina meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Mesir untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.
Pengakuan itu sekali lagi memperlihatkan sisi emosional pemenang lapan kali Ballon d’Or itu, yang tidak berselindung mengenai rasa bersalahnya terhadap pasukan sebelum Argentina akhirnya berjaya meneruskan kemaraan.
Kini, Argentina bakal mengalihkan tumpuan kepada aksi suku akhir, dengan Messi dijangka sekali lagi menjadi sandaran utama dalam usaha memburu satu lagi kejuaraan Piala Dunia.