Skip to main content

Golf

PEKEMA Golf President's Cup: Empat Kereta Dongfeng Menanti Pemenang Hole-in-One

Pekema

PEKEMA Golf President's Cup 2026 bakal kembali memeriahkan kalendar sukan negara apabila edisi ke-12 pertandingan berprestij itu dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.

Lebih menarik, kejohanan anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) kali ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000, sekali gus menjadikannya antara kejohanan golf amatur paling lumayan di Malaysia.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada cabaran Hole-in-One, dengan empat buah kereta Dongfeng menanti peserta yang berjaya melakukan pukulan sempurna di lubang 7, 12, 14 dan 17.

Selain menawarkan hadiah lumayan, PEKEMA Golf Piala Presiden terus menjadi platform mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain golf, komuniti automotif serta sektor korporat, di samping mempromosikan gaya hidup sihat menerusi sukan golf.

Edisi ke-12 ini dijangka menarik penyertaan ratusan pemain dari dalam dan luar negara yang bakal berentap di salah sebuah padang golf terbaik negara, Palm Garden Golf Club, dalam usaha merebut kejuaraan serta pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

Daftar sekarang di sini!

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video